Search This Blog

Wednesday, May 02, 2007

Mengapa Saya Keluar Dari Syiah?

Sila baca ringkasan buku di sini

Peristiwa di mana Ulama'-Ulama' besar Syi'ah keluar dari aliran sesat ini memang sudah tidak asing lagi malah ada di antara mereka yang disembelih dan dicincang mayat mereka setelah mereka secara terbuka bertaubat dari fahaman sesat lagi merbahaya ini. Antara tokoh-tokoh Syi'ah yang bertaubat adalah Ayatullah Uzhma Imam Sayid Abul Hassan al-Asfahani, Sayid Ahmad al-Kasrawi, al-Allamah Sayid Musa al-Musawi, Sayid Ahmad al-Katib, Abu al-Fadhl al-Burqui dan lain-lain lagi. Buku yang sedang diulas ini adalah berkenaan dengan Sayid Hussain al-Musawi seorang mujtahid dari aliran Syiah yang kemudiannya mengumumkan secara terbuka bahawa beliau bertaubat dari aliran sesat ar-Rafidhah ini dan beliau mendetailkan bukti-bukti kesesatan Syi'ah yang diambil dari kitab-kitab muktabar mereka sendiri.

1 comment:

Faris Abdat said...

Alhamdulillah, saya sudah membaca secara ringkas buku ini dan amat saya gesa agar ahlussunnah semuanya membacanya. Kesesatan Syiah - termasuk kepercayaan bahawa Al-Quran yang sekarang tiada lagi asli - harus digembar-gemburkan agar manusia tidak tergoda dengan semboyannya
'cintakan Ahlul Bait'.

Sesungguhnya, Syiah bukannya mazhab Ahlul Bait. Malahan dalam kitab-kitab Syiah sendiri termaktub bagaimana Syiah ditolak habis-habisan oleh Ahlul Bait sendiri.

Moga-moga Allah selamatkan kita dari kesesatan ini.

Di Singapura, buku ini boleh didapati di kedai buku Muslimedia Bookshop.