Search This Blog

Saturday, October 07, 2006

Hubungan Mohammad Sabu dengan Syiah

Kepetahan beliau berceramah sehingga memukau ahli-ahli atas pagar untuk bersama PAS. Beliau yang sering dilihat turun ke bawah tanpa mengira penat dan lelah adalah satu interpritasi untuk menyampaikan maklumat parti dan berita-berita semasa yang berkaitan rakyat.

Kepetahan beliau menangkis dan menempis segala bentuk peluru dan panah -pukau. Kehebatannya terbukti dengan kes khalwatnya di Hotel Perdana dahulu. Walau apapun hakikatnya dia sememangnya ditahan bersama seorang wanita cantik jelita bernama Norma yang sudah bergelar isteri. Penahanan yang berkeadaan dua orang insan yang bukan mahram di dalam sebuah bilik hotel tanpa memakai tudung tidak ada kesangsiannya lagi.

Bermakna perkara tersebut memang berlaku. Tetapi syukur kepada Allah, kerana berlakunya beberapa masalah teknikal Mohammad Sabu dibebaskan tetapi imej dan kekuatan Mohammad Sabu pada ketika itu berjaya menangkis segala tanggapan dan sangkaan buruk masyarakat terhadap PAS lantas menaikkan imej PAS pada masa itu.

Rentak sasa dan profil tinggi Mohamad Sabu pada ketika dibebaskan oleh mahkamah syariah Kelantan telah menyebabkan kepimpinan PAS terutamanya Jawatankuasa Disiplin PAS yang pada asalnya berhasrat ingin membawa kes khalwat Mohammad Sabu ke dalam mesyuarat mereka terpaksa melupakannya diatas kekuatan dan penampilan hebat Mohammad Sabu.

Disamping kejayaan Mohammad Sabu membawa arus perdana semasa kes khalwatnya. Faktor lain adalah kejayaan Mohammad Sabu sebagai penyatu di antara Sunni dan Syiah. Hubungan rapat beliau dengan Kedutaan Iran yang merupakan wakil Kerajaan Islam Syiah Iran di Malaysia memberi nafas baru kepada pengamal-pengamal Syiah dan Sunni dalam PAS. Melalui kunjungan-kunjungan Mohamad Sabu ke Iran juga telah menaikkan imej PAS di Iran. Percutian belajar Mohammad Sabu baru-baru ini untuk meneruskan pengajian ilmu bahasanya ke Lubnan juga telah menunjukkan kepada dunia bahawa PAS mempunyai ikatan yang rapat dengan Hizbullah Syiah Lubnan.

Tawaran kepada Mohammad Sabu untuk cuba mempelajari bahasa Arab di Lubnan oleh kumpulan Syiah Lubnan memberi satu pengharapan kepada ahli-ahli untuk menjalinkan hubungan gerakerja di antara dua. Ini juga telah membuktikan kepada dunia bahawa Sunni dan Syiah adalah serupa.

Baru-baru ini, pengunduran Hajah Wan Tom, bekas Ketua Muslimat PAS Kedah setelah diberi kata dua oleh pimpinan PAS Kedah kerana tindakannya menyuburkan fahaman Syiah di kalangan muslimat di Kedah telah membawa kepada impak negatif kepada Hajah Wan Tom. Hajah Wan Tom yang berasa kesal diatas pengundurannya telah meluahkan hasrat hatinya agar Muhammad Sabu dapat dipilih sebagai Naib Presiden PAS supaya penyatuan fahaman Sunni dan Syiah dapat diperjelaskan terutamanya di Kedah. Dengan adanya penyatuan dibawah payung Naib Presiden PAS oleh Mohamad Sabu akan dapat menaikkan semangat waja roh perjuangan seperti Kerajaan Islam Iran bagi menawan Kedah.

Adalah diharapkan juga dengan menaikkan Haji Mohamad Sabu sebagai Naib Presiden dalam muktamar akan datang ini akan pasti menaikkan semula semangat penganut-penganut syiah di dalam PAS untuk mereka terus aktif menggerakkan aktiviti dan gerakan mereka dengan berimamkan Mohammad Sabu.

Maka dengan keyakinan yang jitu serta kemantapan yang berwibawa, saya amat yakin kekuatan dan imej yang ada pada Mohamad Sabu ini akan dapat membantu Dato Seri Tuan Guru Haji Hadi Awang untuk membawa PAS ke arus perdana yang cerah dan gemilang.

Diambil daripada Malaysia Today.

No comments: