Search This Blog

Saturday, September 02, 2006

Syiah dan Al-Quran, oleh Dr. Ihsan Ilahi Zahir

Persoalan utama yang menjadi titik perbezaan terpenting antara Ahlus-Sunnah dan Syiah ialah, bahawa semua golongan kaum Muslimin di kalangan Ahlus-Sunnah meyakini sepenuhnya, bahawa Al-Quran yang diturunkan Allah kepada junjungan kita Nabi Muhammad s.a.w. adalah Kitab Suci terakhir yang diturunkan bagi segenap ummat manusia. Semua kaum Muslimin kecuali kaum Syiah meyakini sepenuhnya bahawa Al Quran tidak pernah mengalami perubahan dan penggantian. Bukan itu saja, tetapi juga tidak akan pernah terkena perubahan atau pindaan apapun juga hingga hari kiamat tiba. Al-Quran akan tetap sebagai penguji kebenaran kitab-kitab suci yang lain, kerana Allah sendiri yang menjamin Al-Quran dari segala bentuk penggantian, pengubahan, pengurangan dan penambahan. Tidak seperti kitab-kitab suci yang lain di masa silam, iaitu yang diturunkan kepada Nabi Ibrahim a.s. dan Nabi Musa a.s., Zabur dan Injil dan lain-lain. Semua kitab suci tersebut setelah kewafatan para Nabi dan Rasul terdahulu tidak terselamat dari penambahan dan pengurangan.

Sila ke sini untuk membaca artikel ini sepenuhnya.

No comments: