Search This Blog

Wednesday, January 21, 2009

Abdullah Ibn Saba' di sisi Syiah

Umpamanya di dalam kitab rijal yang paling utama di sisi Syi'ah iaitu Ikhtiyaru Ma'rifatir Rijal yang lebih dikenali dengan Rijal Kasyi pengarangnya Abu Ja’far Muhammad bin Al-Hasan Bin Ali At-Thusi telah menukilkan riwayat daripada Imam Ja'far As-Sadiq yang berbunyi:

عن ابن سنان، قال، قال أبوعبدالله عليه السلام: انا أهل بيت صادقون، لانخلو من كذاب يكذب علينا، فيسقط صدقنا بكذبه علينا عند الناس، كان رسول الله صلى الله عليه وآله أصدق البرية لهجة، وكان مسيلمة يكذب عليه. وكان أمير المؤمنين عليه السلام أصدق من برأ الله من بعد رسول الله صلى الله عليه وآله، وكان الذي يكذب عليه ويعمل في تكذيب صدقه بما يفتري عليه من الكذب عبدالله بن سبا لعنه الله

Daripada Ibnu Sinan katanya, Abu Abdillah a.s. berkata, "Sesungguhnya kami Ahlul Bait adalah orang-orang yang benar, kami tidak sunyi daripada pendusta-pendusta yang berdusta atas nama kami lalu gugurlah kebenaran kami di sisi manusia disebabkan oleh pendustaan yang dilakukan atas nama kami. Nabi s.a.w. adalah orang yang paling benar ucapannya dan Musailamah telah berdusta atas namanya. Amirul mukminin (Ali) a.s. adalah orang yang paling benar diciptakan oleh Allah selepas Rasulullah s.a.w. dan orang yang berdusta atas namanya serta berusaha dalam mendustakan kebenarannya dengan mengadakan dusta atas nama beliau adalah Abdullah bin Saba' semoga Allah melaknatnya". (Rijal Kasyi juz 4 hal 305)
Di antara tokoh-tokoh Syi'ah yang lain yang menyebutkan perkara sama ialah an-Naubakhti dalam “Firaq asy-Syi'ah” (hal: 43-44), al-Hulli dalam “Kitab al-Rijal” (hal: 469), Mamaqami seorang tokoh ulamak mutaakhir Syi'ah tentang Rijal dalam kitabnya “Tanqihu al-Maqal” Jilid 2 hal: 184), al-Ustarabadi dalam kitab “Manhaju al-Maqal” (hal: 203), Ibnu Abi al-Hadid dalam “Syarah Nahju al-Balaghah” (Jilid 2 hal: 309), Syeikh Abbas al-Qummi dalam kitabnya “Tuhfatu al-Ahbab” (hal: 184) dan lain-lain.

Tuhan Syiah ialah Dajjal?

Seorang ulama’ Syiah bernama Sayyid Nikmatullah al-Jazairi dalam kitabnya, berkata :

" Sesungguhnya kami tidak akan pernah sepakat dengan AHLI SUNNAH tentang ALLAH, NABI dan IMAM kerana mereka mengatakan: Tuhan kami adalah yang Nabinya Muhammad dan khalifah setelahnya Abu Bakar, dan kami AL-RAFIDHAH tidak beriman pada Tuhan itu dan Nabi-Nya, kerana Tuhan yang Nabi-Nya Muhammad dan khalifah setelahnya adalah Abu Bakar bukanlah TUHAN kami."

[Anwar al-Nu’maniyyah, jil.2, m.s: 278, Bab Nur fi Haqiqah al-Anwar ]

Friday, January 02, 2009

Tentang Imam Ke-12


Dari Abu Abdillah a.s, “Kalaulah manusia mengetahui apa yang bakal dilakukan oleh al-Qaim (Mahdi Syiah) semasa dia muncul, maka kebanyakan mereka lebih suka untuk tidak melihatnya kerana pembunuhan yang dilakukannya terhadap manusia .. sehingga kebanyakan manusia mengatakan, “Ini bukan dari keluarga Muhammad, kalaulah dia dari keluarga Muhammad pasti dia akan memiliki kasih sayang” .
[ Mula Baqir al-Majlisi, Bihar al-Anwar, jil. 52, m.s 353 ].
“Sesungguhnya al-Qaim akan merobohkan Masjidil Haram dan Masjid Nabawi sehingga rata tanahnya”.

[Lihat Al-Majlisi, Bihar al-Anwar, jil. 52, m.s : 338 dan al-Tusi, al-Ghaibah, m.s 282 ]

Khomeini's vision on conquering Makkah and Madinah

"The Islamic and non-Islamic powers of the world will not admit our power till such time that we establish our hold over Makkah and Madinah because these are the centers and citadels of Islam. Hence our domination over these places Is an essential requirement ... when as a conqueror I will enter Makkah and Madinah, the first thing to be done at that time by me would be to dig out two idols (Abu Bakr and Umar) lying by the side of the Prophet's grave." (Ayatullah Khomeini of Iran, while addressing a message for a youth rally).

Khomeini on God

"We worship and recognise only that God Whose actions are based on concrete rationalism and Who does not rule against that rationalism. We do not worship a god who creates a building for Divine worship and justice and then strives to destroy that very building himself by giving authority to rascals like Yazid, Mu'awiyah and Uthmaan". (Ibid: 107)

Source:
http://allaahuakbar.in/article_read.asp?id=228